PARIT BUNTAR: Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki membunuh ibu kandungnya sendiri dan membuang mayat ke dalam tangki kumbahan di Taman Kerian di sini.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis menerima laporan mengenai penemuan potongan daging dipercayai anggota badan manusia kira-kira jam 3.30 petang pada Sabtu.
"Siasatan yang dijalankan menemukan 15 keratan bahagian tubuh mayat yang telah dipotong.
"Susulan itu, tangkapan dilakukan terhadap anak lelaki mangsa berusia 42 tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurutnya, mangsa berusia 68 tahun tinggal berdua bersama suspek di rumah tersebut sejak 12 tahun lalu.
"Hasil siasatan awal, kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek terhadap pembahagian harta pusaka mendiang bapanya.
"Polis merampas sebilah parang, dua pisau dan barang-barang yang digunakan suspek dalam kejadian itu," katanya.
Mior Faridalathrash berkata, suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Artikel asal di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sat Jun 04 2022
Polis menerima laporan mengenai penemuan potongan daging dipercayai anggota badan manusia kira-kira jam 3.30 petang pada Sabtu. - Gambar hiasan
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Kecerdasan Buatan: Sedar risiko, terap ciri kemanusiaan di peringkat awal
Anak muda khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia perlu mempertimbangkan segala aspek termasuk risiko, sebelum membuat keputusan meneroka bidang teknologi baharu.
Permohonan fasa pertama ditutup, 50,000 baucar ditebus
Permohonan e-baucar buku bagi fasa pertama ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Padah buat aksi 'Superman', polis tahan tiga mat rempit
Membuat aksi meniarap seperti ‘superman’ membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pulau Pinang pada Sabtu.
[TERKINI] Bekas Datuk Bandar ditahan terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Jun 2024.
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
Wanita tergamak ketuk kepala ibu dengan periuk sampai mati
Seorang wanita tergamak mengetuk ibunya dengan periuk masak hingga mati dan kemudian menelefon pihak kecemasan dengan mengakui melakukan pembunuhan kejam itu.
Angkara dadah, tukang gunting bunuh ibu dengan tukul
Ujian saringan dijalankan mendapati suspek positif dadah selain memiliki dua rekod dadah dan satu rekod jenayah.
Reman suami isteri bantu siasatan kematian ibu dilanjut
Tempoh reman sepasang suami isteri yang ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang warga emas, disambung enam hari bermula esok.
Lelaki kerat ibu kandung 15 bahagian didakwa membunuh
Seorang lelaki yang ditahan kerana membunuh ibu kandung sendiri dengan mengerat kepada 15 bahagian dihadapkan ke Mahkamah Majistret Parit Buntar atas pertuduhan membunuh.
Ibu dikerat 15, dibuang dalam tangki kumbahan
Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki membunuh ibu kandungnya sendiri dan membuang mayat ke dalam tangki kumbahan di Taman Kerian di sini.
Tetak ibu tiri: 'Dia selalu minta wang dipercayai untuk beli pil kuda' - Bapa suspek
Suspek yang berusia 39 tahun itu sering meminta wang daripadanya dipercayai untuk membeli dadah jenis pil kuda.
Penganggur didakwa bunuh ibu kandung
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Maran hari ini, atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya, minggu lalu.
Lelaki bunuh, kerat dan makan mayat ibu didakwa di mahkamah
Polis menemui mayat ibu tertuduh yang dikerat-kerat dan ditempatkan di kawasan apartmennya di Madrid.
Pelakon Captain America didakwa bunuh ibu sendiri
Fitzgerald yang ditahan Selasa lalu didakwa membunuh tanpa niat ibunya, Patricia, 68, di kediaman mereka di Kansas, Amerika Syarikat.
Kerat, sumbat mayat ibu dalam peti sejuk sebelum tembak diri sendiri
Kejam! Seorang anak sanggup bunuh, kerat ibunya dan sumbat mayat di dalam peti sejuk sebelum menembak dirinya di rumah di bandar Tha Kham.